Pages

Monday 13 November 2017

RESEPI VIRAL NASI KAK WOK

Assalammualaikum.

Siapa pernah makan nasi kak wok?



Kami 1st time makan terus jatuh cinta.

Nasi, ayam goreng, kuah kari, dan sambal belacan. Simple je..

Tapi yang lain nya..

Nasi kak wok ni dalam bungkusan kertas coklat tu je..sebungkus rm5. Kalau minta extra kuah ke nasi ke extra la caj nya ye..

Nasi panas, ayam pun panas yang dipotong kecil-kecil kemudian goreng kunyit, kuah kari dia tu lain dari lain dan sambal belacan yang pedas dan sedap..KEY utama dia PANAS..memang semua panas-panas.

Kalau di negeri sembilan, kedai nasi kak wok ni kat nilai..jauh tersorok sikit..area depan nilai square.

Di bangi juga ada. Di warung kita. Jalan hendak menuju ke UKM. Atau di setiao tempat anda. Mesti ada nasi kak wok ni. Cuba la rasa yang original dulu.

1st time saya pergi hanya 1 kedai je beroperasi pada masa tu.. Baru-baru ni pergi da buka 2 kedai..alhamdulillah semakin maju da kak wok..hehehe

Ok la ni kan haritu husband saya share resepi ni..mesti dia suruh saya buat nanti..makan ramai-ramai lagi best kan..siap je terus hidang makan panas-panas.

So saya share kat sini resepi tu..mane tau hujung minggu nanti korang boleh cuba..asik menu yg sama je kan.. Why not try nasi kak wok ni..

RESIPI NASI KAK WOK

Nasi putih dimasak dan letak daun pandan simpul. So, wangi je nanti nasi

Resepi Gulai Ayam :

~bawang bombay - 4 labu
~bawang putih - 5 ulas
~halia - 1 inci setengah
~lengkuas - 1 inci setengah
~rempah kari daging - 3 sudu
~rempah kerutub - 1 sudu
~Kacang panjang - potong
~Terung potong kecik2
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil.
~Santan (jgn pekat sgt) sebab kari dia memang tak pekat macam kari mamak warna pun pudar je..
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan

Cara-Caranya :

1. Blend bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari dan rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan-bahan yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam sehingga empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.

Resepi Ayam Goreng Harum :
~1 ekor Ayam - potong kecil
~Garam - 2 sudu kecil
~kunyit hidup - 2 inci tumbuk lumat
~serbuk kunyit - 1 sudu kecil
~serbuk cili - 1 sudu kecil
~Daun kari 3 tangkai

#Tips daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!

Cara-caranya :
1. Ayam basuh bersih dan toskan.
2. Potong kecil. Lumurkan ayam bersama bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
3. Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.

Resepi Sambal Belacan Ala Kak Wok :
~4 tangkai cili kering - direbus
~Cili padi ikut pedas
~2 inci belacan
~1 labu bawang besar dibakar
~1 labu bawang putih dibakar
~Gula, garam, perasa
~Air asam jawa
~Limau kasturi

Cara-caranya :
1. Kisar semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya. Kulit limau tu hiris halus dan masukkan kan sekali

Kredit Resipi - Rusmida Rusdi

Selamat mencuba!!

Sunday 12 November 2017

CARA MENABUNG DAN MENYIMPAN PALING BERKESAN MENGGUNAKAN KONSEP 7 JARS SYSTEM

7 JARS SYSTEM


Siapa pernah dengar konsep 7 tabung?  Saya pun 1st time dengar. Biasa tahu 6 tabung tu.  So,  harini nak kongsi kan konsep 7 tabung ni.  Almaklum la zaman sekarang memang kene penuhkan tabung bagi mengelakkan pembaziran, duit tak mencukupi atau beban hutang yang melampau.



Sebenarnya 7 tabung ni adaptasi dari konsep 6 JARS yang diasaskan oleh T Harv Eker. Ia adalah salah satu cara untuk kita menabung secara sistematik dan disiplin.

Dalam 6 tabung yang dikenalkan oleh THarv Eker tu, dalam tabung tu ada :

1. NEC (necessity) - tabung untuk beli keperluan dan belanja harian, bil-bil, belanja anak-anak

2. EDU (education) - tabung utk pembelajaran, buku-buku, kelas dan sewaktu dengan nya

3. LTSS (long term saving for spending) - tabung untuk sesuatu benda yang perlukan duit yang banyak. Contohnya nak beli rumah

4. FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila dah tak mampu cari duit

5. PLAY (leisure) - tabung utk buat apa yg kita suka, contohnya hobby, travel, dll

6. GIVE (charity) - tabung utk kebajikan

Dan konsep yang baru belajar ni,  kita tambah satu lagi tabung iaitu:

7. PARENTS (ibu bapa) - wang bulanan utk ibu bapa kita walaupun mereka dah kaya. Kalau ibu bapa dah meninggal dunia, gunakan utk urusan mereka yg belum selesai contoh nya menunaikan haji dan kalau semua dh selesai, bersedekahlah on behalf of parents kita.

Macam mana pulak nak start buat 7 tabung ni??

Kalau macam saya,  business jual vitamin ni,  setiap bulan dapat bonus. Atau kalau yang bekerja,  dapat gaji kan. So kita bahagikan ikut percentage. Tolak siap-siap hutang hutang bank.  Duit rumah duit kereta. Lebihan tu kita bahagi kan kepada 7 tabung. Untuk lebih mudah, kita sediakan 7 sampul duit raya. Tuliskan setiap nama dan jumlah pada sampul duit tersebut. Apabila kita menerima gaji atau bonus boleh terus masukkan dalam sampul raya tersebut.



Untuk jangka masa panjang boleh simpan dalam tabung haji.  Untuk travel buat 1 akaun khas atau simpan dlm akaun yg susah atau leceh proses nak keluarkan duit tu. Jadi, duit travel kita selamat dalam tu. Bila sampai masa untuk pergi travel, keluarkan dan enjoy your travelling tanpa kusut memikirkan duit yg habis masa travel nanti.

Untuk yg lain boleh simpan dalam sampul sampul raya.  Sentiasa bawak letak dlm beg.

Contoh kata nak beli buku,  ambil duit dari sampul education.

Kalau yg bergaji tetap boleh tahu da berapa belanja berapa hutang. Tulis siap-siap amount pada sampul untuk 7 tabung tu.

Ini adalah singkatan kepada 7 tabung tersebut dan jumlah agihan yang perlu anda asingkan.

1. NEC 50%
2. EDU 5%
3. LTSS 10%
4. FFA 5%
5. PLAY 10%
6. GIVE 10%
7. PARENTS 10%

Contoh kalau dapat bonus RM10,000 :

1. RM5000 utk NEC, keperluan harian

2. RM500 utk EDU, buat beli buku, bayar workshop, tambang g kelas dll

3. RM1000 utk LTSS, kumpul duit nak beli rumah

4. RM500 utk FFA, ni long term jd boleh lah beli saham ke emas ke

5. RM1000 utk PLAY, tabung travel! Jom travel 1 dunia

6. RM1000 utk GIVE, sedekah, zakat semua la

7. RM1000 utk parents kita

Percentage boleh ubah ikut situasi masing-masing la tapi mesti strict setiap bulan duit mesti pergi ke tabung-tabung tu. Masuk tabung jangan gatal-gatal nak korek ke pecahkan ke ok!!

Walaupun kita dapat bonus rm50,  kene jugak buat macam ni.  Baru la kita boleh disiplin. Takyah nak tunggu bonus juta-juta baru heboh nak menabung.  50sen pun lama-lama boleh jadi rm5000 kan.

Jom la kita mulakan buat tabung tu harini.  Esok lusa bonus jual vitamin saya da nak masuk.  Guna je tong tong esp ke bekas vitamin ke buat tabung tu,  pastu label kan.  Senang dan mudah kan.  Tak payah pening kepala nak keluar kan modal lg.

Selamat menabung semua. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk merialisasikan impian anda.

Tuesday 2 May 2017

KATARAK - PENYAKIT SELAPUT MATA YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN DAN RAWATAN AWAL SEBELUM BERLAKUNYA GLAUKOMA SEKUNDER

Assalammualaikum.


Katarak adalah sejenis penyakit yang menyebabkan lensa mata menjadi keruh atau berkabut. Lensa mata yang sihat kelihatan jernih dan bersih. Umumnya katarak ini muncul apabila seseorang meningkat usianya. Pesakit diabetes biasanya mengalami penyakit katarak ini.




Penyakit katarak berlaku apabila kanta mata semakin legap dan mengganggu laluan cahaya masuk ke dalam retina mata. Pesakit akan mengalami masalah penglihatan kabur, imej berganda, masalah melihat cahaya terang, dan gangguan penglihatan warna apabila kanta semakin legap.


Mengikut statistik, satu daripada enam individu diserang penyakit katarak apabila usia melebihi 40 tahun. Paling menggerunkan, hampir semua orang akan mengalami katarak di salah satu atau kedua-dua belah mata mereka apabila mencapai usia 75 tahun.


FAKTOR-FAKTOR TERJADI PENYAKIT KATARAK







1. Faktor usia yang semakin meningkat tua

2. Cedera pada lensa mata

3. Menghidap diabetes

4. Penyakit mata

5. Lahir dengan sakit katarak (kongenital)

6. Ibu hamil yang menghidap jangkitan penyakit seperti rubela akan mempengaruhi bayi atau kanak-kanak mereka menghidap katarak kongenital

7. Terdedah pada sinaran ultraviolet secara berlebihan

8. Radang mata

9. Penggunaan ubat steroid yang berpanjangan

10. Penggunaan ubat kolesterol



JENIS-JENIS PENYAKIT KATARAK


1. Subcapsular - jenis ini biasanya berlaku pada penghidap diabetes atau pesakit yang mengambil steroid dalam jangka masa lama


2. Nuclear - lazimnya berlaku disebabkan peningkatan usia


3. Cortical - jenis katarak ini berlaku pada lensa corteks, pesakit diabetes dan faktor peningkatan usia

 

TANDA-TANDA PENYAKIT KATARAK






1. Mata berkabus dan kabur

2. Mata menjadi "rabun ayam"

3. Penglihatan "double vision"

4. Jika memakai cermin mata atau kanta lekap, power mata menjadi semakin tinggi

5. Penglihatan semakin teruk apabila waktu malam


BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PESAKIT KATARAK?


VIVIX adalah minuman campuran botani semulajadi merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ianya selamat, semulajadi, berkesan dan yang paling penting HALAL untuk pesakit katarak. 


Vivix mengandungi campuran unik botani iaitu Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Vivix adalah suplemen terbaik untuk pesakit katarak kerana tinggi kandungan antioksidan dan Resveratrol yang terbukti secara klinikal dapat memperbaiki sehingga ke peringkat sellular.


Resveratrol di dalam Vivix membantu mengurangkan inflamasi dan anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang menyebabkan mata dan penglihatan tidak dapat berfungsi dengan baik.



TESTIMONI PESAKIT KATARAK KONSISTEN MENGAMALKAN VIVIX SHAKLEE





SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 44: SABARIAH ABDUL RAHMAN
[DAH TAK PERLU PEMBEDAHAN KATARAK SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN CAROTOMAX]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017.

Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat.
Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak.

Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum.

Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee.

Terima kasih.


BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN VIVIX?
 Call/WA/Sms : 019-4885969
 FB : Nur Faraha Jamal
 IG : n_faraha
 Pages : Healthy Lifestyle Secrets
 COD Area Port Dickson
 POS ke alamat anda pada bila-bila masa sahaja

IKHTIAR PESAKIT SLIP DISC SEMBUH SEPENUHNYA DENGAN RAWATAN ALTERNATIF

Assalammualaikum.


Pernah tak anda mengalami tanda-tanda sakit seperti senarai di bawah ini :


1. Sakit yang melampau di belakang, leher, bahu atau bahagian bawah badan

2. Sakit mencucuk-cucuk di bahagian kaki dan tapak kaki

3. Sakit apabila berlaku ketegangan otot

4. Tangan dan kaki selalu kebas-kebas dan mencucuk-cucuk

5. Kerap beralih posisi ketika duduk kerana kurang selesa apabila duduk posisi yang sama

6. Sakit pada satu bahagian atau satu posisi tubuh sahaja

7. Kurang bermaya atau badan berasa lemah

8. Sukar untuk berdiri dan berjalan

9. Sesetengah individu akan berasa kurang selesa, gatal-gatal di kawasan kemaluan

10. Sakit semasa bersin, batuk, berjalan dan lain lagi


Jika anda mengalami TANDA-TANDA seperti yang dinyatakan di atas, anda mungkin mengalami SLIP DISC ataupun cakera tergelincir.

APA ITU SLIP DISC?







Slipped disc atau dikenali sebagai cakera tergelincir. Slipped disc merujuk kepada bahagian cakera atau kusyen pelapik tulang belakang yang telah beralih kedudukan, kemudian disc akan membengkak dan membonjol terkeluar ke belakang


Keadaan ini kemudiannya menyebabkan tulang belakang pesakit menindih saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) yang menyebabkan penghidap berasa teramat sakit di bahagian belakang.





Tulang belakang manusia terdiri 26 tulang (vertebrae) yang dilindungi oleh cakera sebagai kusyen pelapik. Cakera kusyen ini melindungi tulang dengan mengurangkan geseran dan menyerap hentakan daripada aktiviti harian seperti berjalan, menangkat dan berpusing.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO PENYAKIT SLIPPED DISC


Slip disc kebanyakkan nya berlaku disebabkan oleh faktor usia atau penuaan. Walau bagaimana pun, slip disc juga ada berlaku di kalangan orang muda kerana faktor-faktor seperti berikut :


1. Terlalu banyak duduk sebagai contoh pemandu bas atau lori




2. Mengangkat bebanan yang berat dengan cara yang salah menyebabkan otot belakang menjadi tegang

3. Kerap membongkok atau memusing kan pinggang

4. Terdedah kepada gegaran yang berterusan seperti ketika memandu atau pekerja penebuk jalan

5. Kurang bersenam

6. Merokok

7. Berat badan berlebihan kerana tulang belakang terpaksa menampung berat yang berlebihan

8. Sukan mengangkat berat

9. Trauma contohnya pesakit yang mengalami kemalangan jatuh terduduk

3 PERINGKAT PROLAPSED DISC





1. Disc protrusion - disc menunjukkan keluar tetapi masih belum terkoyak

2. Disc extrusion - annulus disc terkoyak dibahagian nukleus terkeluar tetapi masih tidak masuk ke ruang saraf tunjang (spinal canal) kerana dihalang oleh posterior longitudinal ligament

3. Disc sequestration - tisu nukleus pulposus pecah dan masuk ke dalam ruangan saraf tunjang

RAWATAN ALTERNATIF SLIP DISC TANPA PEMBEDAHAN


Walaupun ada rawatan alternatif lain untuk merawat slip disc, temujanji anda dengan doktor jangan diabaikan. Itu penting untuk mendapat rawatan dari yang pakar. Disamping itu, anda boleh ikhtiar dengan mengambil Vivix Shaklee sebagai alternatif lain selain daripada rawatan hospital.

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PENGHIDAP SLIPPED DISC KEMBALI AKTIF?


VIVIX adalah minuman campuran botani semulajadi merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ianya selamat, semulajadi, berkesan dan yang paling penting HALAL untuk penghidap slip disc.


Vivix mengandungi campuran unik botani iaitu Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Vivix adalah suplemen terbaik untuk pesakit slip disc kerana tinggi kandungan antioksidan dan Resveratrol yang terbukti secara klinikal dapat memperbaiki sehingga ke peringkat sellular.


Resveratrol di dalam Vivix membantu mengurangkan inflamasi dan anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang menyebabkan tulang tidak dapat berfungsi dengan baik.

TESTIMONI SLIPPED DISC KONSISTEN DENGAN VIVIX








BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN VIVIX?



 Call/WA/Sms : 019-4885969
 FB : Nur Faraha Jamal
 IG : n_faraha
 Pages : Healthy Lifestyle Secrets
 COD Area Port Dickson
 POS ke alamat anda pada bila-bila masa sahaja

Sunday 30 April 2017

WAJAH CANTIK DAN JELITA, AWET MUDA DAN SIHAT SECARA KESELURUHANNYA DENGAN VIVIX

Assalammualaikum.


Semua orang inginkan tampak cantik, muda, jelita, dan sentiasa awet muda. Bukan itu sahaja, semua orang ingin sentiasa sihat secara keseluruhannya.


Pernah tak dengar suplemen yang membantu anda kelihatan muda 25 tahun dari usia sebenar? Bayangkan umur anda sekarang 55 tahun tetapi wajah anda, tahap kesihatan anda seakan orang yang berumur 35 tahun. Tampil segak, cergas, bergaya, sihat dan menawan.


Entry kali ini saya akan kongsikan bagaimana suplemen Vivix ni bertindak mencantikkan dan menyihatkan tubuh badan anda secara keseluruhannya. Bagaimana Vivix bertindak sebagai anti penuaan atau lebih mudah sebagai awet muda.






Apa yang MUDA? Kalau umur sudah tentu bukan, sebab setiap tahun akan ada peningkatan umur. Jika umur kita panjang, zaman tua nanti pun kita akan laluinya. InshaAllah.


Tapi maksud sebenar Vivix Anti-Aging atau anti penuaan ini adalah merujuk kepada ANTI PENUAAN DI PERINGKAT SEL.


Vivix adalah satu-satunya suplemen yang bekerja sehingga ke tahap sel dan membantu memperbaharui sel dalam tubuh badan kita.


Untuk pengetahuan, kita semua mempunyai TELEMORE yang sama, jadi kita perlu tahu dan bersyukur dengan kebesaran ciptaan Allah dalam tubuh kita ini. Walaupun tidak nampak di mata kasar, tapi ia telah dikaji oleh para saintis bertauliah dan diiktiraf diperingkat NOBEL.

KAJIAN TELOMERE


The Shaklee Telomere Research Landmark Study II Shaklee telah bekerjasama dengan Dr Elizabeth Blackburn pemenang The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009 yang menemui bagaimana kromosom dilindungi oleh telomeres dan enzim telomerase.


Kajian telomere ini telah menguji kepanjangan telomeres. Landmark Study II yang dijalankan oleh Shaklee membuktikan pengambilan supplemen yang konsisten (Vitalizer, Vivix and Cinch) setiap hari selama 5 tahun dapat mengurangkan kadar pemendekan TELOMERE sebanyak 40%.

APA ITU TELOMERE?


Tahukah anda?


Dalam badan manusia mengandungi trillions of cells. Sel kita pula terdiri daripada kromosom. Di setiap penghujung kromosom pula terdapat telomere yang bertindak sebagai penutup hujung kromosom dan fungsinya melindungi kromosom. Telomere terbentuk dari turutan DNA yang berulang.


Semakin meningkat usia kita, saiz Telomere semakin memendek seiring dengan pembahagian sel-sel kita. Semakin pendek saiz Telomere, semakin mudah sel-sel kita rosak. Jika kita tak melindungi Telomere, sampai satu tahap nanti Telomere akan habis dan pembahagian sel pun akan berhenti.

BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK MEMANJANGKAN HAYAT TELOMERE?


Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mulakan dari awal dengan mengambil Vivix.


Vivix bertindak melindungi Telomere dengan memastikan ia sentiasa panjang supaya sel-sel dan DNA terlindung dari kerosakan dan serangan radikal bebas. InsyaAllah. Oleh sebab itu, anda akan sentiasa muda kerana sel-sel badan anda sihat.

TESTIMONI CANTIK DAN SIHAT SECARA KESELURUHAN DENGAN VIVIX

























Saturday 29 April 2017

DERITA PESAKIT BUASIR BERAKHIR DENGAN RAWATAN ALTERNATIF YANG BERKESAN

Assalammualaikum.


Saya ada terjumpa seorang lelaki yang mengalami masalah buasir yang kronik. Sampaikan nak kene buat pembedahan. Rawatan cara kampung pun dah buat iaitu dengan menggunakan putik kelapa. Seksa tengok pakcik tu menahan sakit. Entry kali ni saya nak kupas tentang penyakit buasir.


APA ITU PENYAKIT BUASIR?






Penyakit buasir berlaku apabila ada pembengkakan pada vena yang terletak dibahagian rektum dan dubur.


Buasir atau hemorrhoid akan mengganggu dan mengakibatkan membran di sekitar vena membengkak dan membonjol keluar. Pesakit akan merasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi akibat tekanan dalam darah dibahagian rektum yang terlalu tinggi dan menyebabkan dinding vena darah teregang atau membonjol. Ada kes yang menyebabkan vena pecah akibat meneran terlalu kuat.


SEBAB-SEBAB UTAMA BERLAKU BUASIR



Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan buasir terjadi antaranya :


1. Meneran terlalu kuat ketika membuang najis yang keras atau sembelit. Ini menyebabkan otot-otot disekeliling pangkal hujung dubur mengalami tekanan (Internal and external anal sphincter)


2. Jarang melakukan senaman "Kegel Exercise" atau sentiasa dalam keadaan duduk


3. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama


4. Kerap batuk yang teruk atau batuk terlalu kuat


5. Cirit-birit yang teruk, kerap dan berpanjangan


6. Mengangkat beban berat secara berlebihan dan berpanjangan dalam keadaan posisi mengangkang


7. Kurang mengambil makanan kaya dengan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai pelawas


8. Kurang minum air


9. Kuat merokok


10.  Bersalin normal yang tidak teratur


11. Pengalaman seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual. Tetapi kes ini jarang berlaku


FAKTOR-FAKTOR RISIKO PENYAKIT BUASIR


Seseorang akan mendapat risiko penyakit buasir yang lebih tinggi apabila :


1. Meneran terlalu kuat apabila membuang air besar. Ini adalah sebab paling biasa seseorang mendapat penyakit buasir


2. Bekerja atau melakukan aktiviti-aktiviti yang berat seperti pekerja buruh


3. Tidak menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang


4. Kurang melakukan senaman seperti "Kegel Exercise"


5. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit buasir


6. Mengalami batuk yang teruk dan berpanjangan


7. Mengandung


GEJALA-GEJALA PENYAKIT BUASIR



1. Gumpalan lembut atau seakan lebihan isi yang dirasai disekitar bahagian dubur


2. Rasa gatal atau pedih disekeliling dubur


3. Pendarahan atau titisan darah merah cerah semasa atau selepas membuang air besar


4. Rasa perit dan sakit semasa dan selepas membuang air besar


5. Rasa tidak selesa ketika duduk, berdiri atau berjalan lebih-lebih lagi wanita yang memakai kasut tinggi


6. Muka pucat


7. Tekanan darah rendah (hypotension)


8. Lesu, tidak bermaya, dan lemah badan


9. Mudah pening-pening


10. Jika pendarahan terlalu lama dibiarkan akan menyebabkan mudah jatuh pengsan atau pitam


JENIS-JENIS PENYAKIT BUASIR



Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman dan luaran.








1. Buasir Dalaman


Buasir jenis ini terletak jauh ke dalam rektum. Biasanya, pesakit tidak merasa sakit atau gatal-gatal dibahagian dubur. Buasir dalaman tidak la bahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan vena dan rektum dan akan berdarah.


Pesakit akan terlihat titisan darah merah cerah di mangkuk tandas atau kertas tisu. Jika keadaan ini berlaku, segera dapatkan rawatan doktor kerana darah tersebut mungkin menunjukkan ada ketumbuhan atau kanser kolorektum


2. Buasir Luaran


Buasir jenis ini adalah buasir yang sering berlaku dan menyebabkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur.


Jika buasir ini tersepit di mana menyebabkan bekalan darah terputus, pembekuan darah akan terjadi, dan mengakibatkan pesakit merasa teramat sakit. Gejala jenis buasir luaran ini yang memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.


Buasir akan menjadi lebih teruk apabila salur darah vena rektum teregang dan keadaan ini menyebabkan buasir tidak boleh dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya.


Walaupun pesakit buasir sudah pulih dan tidak melakukan kerja-kerja berat atau mengalami tekanan yang lebih ringan, buasir ini akan berulang semula.

CARA-CARA MENCEGAH DARIPADA BERLAKUNYA BUASIR


Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan agar anda tidak terkena buasir antaranya :


1. Elakkan daripada duduk terlalu lama di kerusi terutama kerusi yang keras dan kurang selesa. Biasakan dengan bangun setiap jam dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit. Sentiasa bergerak-gerak semasa duduk di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan secara langsung dari rektum.


2. Biasakan dengan menghembus nafas keluar ketika mengangkat sesuatu bebanan berat atau semasa dalam keadaan ketegangan. Pastikan anda tidak menahan nafas ketika itu.


3. Sentiasa membuat senaman Kegel dan pastikan anda menarik nafas secara teratur dan lembut.


4. Segera dapatkan rawatan awal jika anda batuk, cirit-birit atau sembelit. Buasir biasanya akan terjadi jika masalah ini dibiarkan dan berlarutan.


5. Jangan amalkan mencangkung terlalu lama sambil membaca atau memegang telefon bimbit di dalam tandas.

CARA ALTERNATIF LAIN MEMBANTU PESAKIT BUASIR SEMBUH






Selain dari mencegah terjadi nya buasir, cara alternatif lain bagi membantu pesakit buasir sembuh adalah dengan mengambil suplemen Vivix. Vivix adalah suplemen terbaik yang kaya dengan resveratrol, antioksidan, anti radang. Memandangkan pesakit buasir mengalami gejala gatal-gatal, perit dan pedih yang teruk, Vivix adalah solusi kepada keradangan tersebut.


BAGAIMANA VIVIX BOLEH MEMBANTU PESAKIT BUASIR?



VIVIX adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ianya selamat, semulajadi, berkesan dan yang paling penting HALAL untuk pesakit buasir.


Vivix mengandungi campuran unik botani semulajadi iaitu :

1. Polygonum Cuspidatum
2. Anggur Muscadine
3. Elderberi Eropah
4. Lobak Ungu


Vivix tinggi kandungan serat yang sangat membantu pesakit buasir. Serat ialah komponen yang sangat berkesan membantu penghadaman dan membantu tubuh untuk menyerap nutrien dengan lebih cepat. 


Lobak ungu yang terdapat dalam Vivix memberikan 8 gram serat untuk setiap 1 auns hidangan.  Serat yang terkandung dalam lobak ungu adalah mudah larut, menyerap air dalam saluran penghadaman dan membentuk kandungan  seperti gel. Apabila kandungan ini melalui saluran pembuangan pesakit buasir, ia dapat membantu melancarkan pembuangan najis dan menghalang keradangan dalam rektum pesakit.


Vivix juga kaya dengan sumber Vitamin A, mengandungi phytokimia termasuklah carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins, dan sesquiterpenes. 


Vivix juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat mustajab. Ia memberi manfaat termasuklah anti radang kepada gejala buasir, antimicrobial dan anti carcinogens. Membantu  melawan serangan penyakit kronik buasir.


Selain itu, Vivix dapat meningkatkan tahap sistem imun pesakit buasir. Membantu tubuh pesakit buasir melawan penyakit dan keradangan. Elderberry kaya dengan sumber Vitamin A dan Vitamin C yang sangat membantu tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang optima.


Bioflavonoids dalam Elderberry membantu sistem imun tubuh dengan meningkatkan paras antioksidan dan menghalang virus yang merosakkan dinding sel.
Kesimpulannya, Vivix Shaklee sangat membantu pesakit buasir dan juga mereka yang ada tanda-tanda untuk mendapat buasir.  Cegah dari buasir dengan mengambil suplemen Vivix.


BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN VIVIX?



Untuk mendapatkan Vivix kawasan Port Dickson,  boleh terus hubungi saya di 019-4885969.

Jika anda berada nun jauh di sana, jangan risau saya juga ada menyediakan pos ke seluruh Malaysia.

TESTIMONI BERKESAN PESAKIT BUASIR YANG MENGAMALKAN VIVIX SHAKLEE 












Friday 28 April 2017

PUNCA PENYAKIT BATU KARANG DAN CARA MERAWAT BATU KARANG DENGAN BERKESAN

Assalammualaikum.


Biasanya orang lelaki yang diserang penyakit batu karang ni. Mak kata orang lelaki suka tahan bila nak buang air kecil. Saya pun tak pasti. Dan, bila seseorang itu ada batu karang, rawatan paling cepat ialah dengan membuat laser bagi memecahkan batu karang tersebut. Kos rawatan nya pula dah tentu-tentu la mahalkan.


Entry kali ni saya nak kongsikan punca berlaku nya batu karang, simptom-simptom batu karang, dan rawatan yang murah dan berkesan untuk penyakit batu karang.

APA ITU PENYAKIT BATU KARANG? 





Batu karang adalah sejenis butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Batu karang boleh terbentuk di dalam organ badan lain terutama yang berkaitan dengan proses pembentukkan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).






Batu karang terbentuk apabila kandungan bahan dalam air kencing seperti kalsium, oxalate, cysteine dan asid urik terlampau tinggi. Selain itu, batu karang juga boleh terbentuk apabila jumlah air kencing sangat rendah walaupun kandungan bahan tadi berada pada kuantiti yang sedikit.






Bahan-bahan tadi akan membentuk kristal halus dan melekat pada dinding buah pinggang kemudian membesar hingga menjadi batu karang. Batu karang akan bergerak keluar dari badan melalui saluran air kencing dan akan terlihat apabila membuang air kencing. Seseorang akan berasa sakit jika saiz batu karang besar dan akan tersekat di saluran air kencing.

 

PUNCA-PUNCA PENYAKIT BATU KARANG


1. Kurang minum air

2. Tabiat makan yang buruk

3. Pernah terkena penyakit batu karang

4. Umur diantara 20 hingga 70 tahun

5. Jantina - lelaki lebih mudah mendapat penyakit ini

6. Penyakit metabolik

7. Vitamin D berlebihan dan tidak seimbang kalsium dengan magnesium

8. Kesan sampingan ubat-ubat seperti diuretik

9. Pemakanan yang tinggi kandungan protin purin

10. Kurang aktif

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT BATU KARANG






1. Sakit yang teramat sangat dibahagian belakang badan dan sisi bawah tulang rusuk

2. Kencing berdarah

3. Kencing berpasir

4. Air kencing keruh dan berbau busuk

5. Rasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil

6. Demam

7. Jangkitan pada salur kencing

JENIS-JENIS BATU KARANG


Terdapat jenis-jenis batu karang mengikut campuran bahan-bahan yang membentuknya.




1. Batu Kalsium - Jenis campuran dari 2 bahan iaitu kalsium dan oxalate yang sering dijumpai.

2. Batu Struvite - berlaku pada wanita berbanding lelaki.  Disebabkan jangkitan bakteria pada saluran kencing

3. Batu Asid Urik - peningkatan asid urik dalam badan disebabkan oleh metabolisme protein haiwan

4. Batu Sistein - jenis ini jarang berlaku. Hanya berlaku pada individu yang mempunyai penyakit genetik


TIPS DAN PETUA HANCURKAN BATU KARANG


1. Makan sebiji buah tembikai atau boleh blend dan campurkan gula batu serta perlu dihabiskan dalam masa satu hingga dua jam

2. Blend lobak putih dan minum

3. Perah tebu hitam kemudian kisar air nya bersama sebiji timun dan minum

4. Ambil suplemen Vivix Shaklee

BAGAIMANA RESVERATROL DALAM VIVIX MEMBANTU PESAKIT BATU KARANG


VIVIX adalah minuman campuran botani semulajadi merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ianya selamat, semulajadi, berkesan dan yang paling penting HALAL untuk pesakit batu karang.


Vivix mengandungi campuran unik botani iaitu Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


Vivix adalah suplemen terbaik untuk pesakit batu karang kerana tinggi kandungan antioksidan dan Resveratrol yang terbukti secara klinikal dapat memperbaiki sehingga ke peringkat sellular.


Resveratrol di dalam Vivix membantu mengurangkan inflamasi dan anti radang yang sangat baik untuk mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh radikal bebas yang menyebabkan pembentukan batu karang.

TESTIMONI VIVIX MEMBANTU PESAKIT BATU KARANG